Contoh Karangan Deskripsi Tentang Banjir Manado


GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.

ABERGELE, Wales Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.

Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.

Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan, kata Horkin.

Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.

Istana itu dibina pada tahun 1819.

  • Perkembangan Terakhir Status Gunung Merapi !

    Gunung Merapi yang berada di perbatasan Daerah Istimewa Yogyakarta dan Jawa Tengah sudah mengeluarkan material panas yang terlihat dari pos pengamatan Merapi di Kaliurang. Status gunung yang sudah dinaikkan menjadi Awas sejak 25 Oktober itu menunjukkan aktivitas yang semakin meningkat secara signifikan....
  • Mekanisme Pembelian Tiket Final Piala AFF 2010 !

    Tiket Final Piala AFF 2010. Bagi masyarakat yang ingin menyaksikan partai pamungkas Piala AFF 2010 antara Indonesia versus Malaysia di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, bersiaplah. Panitia lokal (LOC) sudah mengumumkan mekanisme pembelian tiket pertandingan Rabu (29/12). Ketua LOC Joko...